Wednesday, November 7, 2012

DoA~

assalamualaikum... 

pada hari khamis yang indah nan permai ni... diri ni mau la berkongsi sesuatu... sebelum tu, mari diri ni bagi situasi...

1) rasa happy yang amat sangat..seperti dunia ini aku yang punya hip! hip! horay!! melompat sampai ke bintang (ok tipu!) dan kita berharap untuk rasa gembira ini berkekalan.. walaupun kita sedar yang kegembiraan x akan kekal selamanya...apa kita buat?? DOA kan? kita memohon padaNYA agar rasa bahagia, kegembiraan ini akan kekal... =)

2) rasa sedih yang amat sangat atas sebab2 yang memang kita tidak dapat utk elakkan... sebab kita x akan selamanya di atas... kita rasa sedih...murung... berharap agar awan mendung akan berlalu...='( apa akan kita buat?? DOA kan? memohon padaNYA agar rasa sedih ini tidak akan berpanjangan....

3) rasa marah yang amat sangat... x kisah la sebab kawan tikam belakang ka... selipar kena curi masa di masjid ka (walaupun selipar lain2 sebelah)... apa pun sebab yang boleh buat muka suci bertukar merah..keluar asap dari telinga...(ok, fantasi!) macam mana mau cool down? apa kita buat?? DOA kan? kita memohon padaNYA rasa marah ini bukan godaan syaitonirrajim....

k... itu beberapa situasi... panjang atau pendek situasinya... hidup x akan slalunya indah.. langit x akan selalu cerah...(macam lagu nasyid pulak) DOA yang akan buat kita sedar yang kita ni hambaNYA.. khalifah kecil yang mentadbir alam... 

jadi... hari ni... diri ni mau la berkongsi sesuatu yang membawa manfaat pada diri ni... dan jugak org disekeliling :) saat2 memohon doa yang mustajab.... =)

kita tau atau tidak...kalau kita tau...kita sedar atau tidak... kalau kita sedar... kita buat atau tidak?? 

Petua Rasulullah s.a.w. 
Untuk Mencapai Doa Mustajab

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengam
puninya.


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”




pic ehsan dari : mr google... =)



No comments:

Post a Comment

~membuka minda, menyemai ukhuwah~