Thursday, December 30, 2010

tahniah MALAYSIA...

assalamualaikum.....

ffuuuuuhhhhh ( gaya meniup habuk2 yang ada pada blog kesayanganku)

=) mulakan ngan senyuman... 1) senyuman kesyukuran,alhamdulillah..........2) senyuman kemenangan .......
 3)senyuman bangga AKU ANAK MALAYSIA

sebenarnya apa yang aku perkatakan? Piala AFF Suzuki 2010 la...semua mesti tau pasal 2 kan..bila malaysia kalahkan indonesia dengan agregat 4-2, 3 mata kita perolehi d negara terchenta ini dan 1 mata kita dapat bila bertandang ke tanah garuda... (wow!beria-ia aku menerangkan) 

sebenarnya aku ni x la minat sangat dengan bola sepak ni, apa yang aku ingat sudah lama x menjenguk kepada sukan bola sepak ni tapi x bermakna i tak tau =p

sebenarnya (utk kali ke-3) aku gembira sbb perdana menteri kita yang terchenta isytihar CUTI on 31st December 2010 yakni pada hari esok yeah!!! kamu x pcaya...sila2 la click d cni ya http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaAFFSuzuki_PMisytiharcutiumumJumaatini/Article/ (sumber daripada akhbar tempatan~BERITA HARIAN~terima kasih berita harian) bukan apa sertakan link ni...supaya kita sama percaya bahawasanya besok cuti hokey! 

sebenarnya... aku sedang mencubuk(org sabah ckp) menskodeng( bahasa remaja) mengintai (bahasa yg mudah d fahami) blog kekasih hati penjaga gol malaysia Khairul Fahmi Che Mat  namanya(yg aku baca d blog) elia... very suuuwwwiiitttt, I LIKE! .... jemput la ke blog dia http://jejariruncing.blogspot.com/~serupa AJK jemputan pulak aku ni =p~

Sunday, December 19, 2010


assalamualaikum



semua orang tau yang december adalah bulan terakhir utk setiap tahun...seperti kebiasaannya bulan ini adalah bulan cuti sekolah dan banyak aktiviti yang boleh di buat..ada yang pegi bcuti, bkelah, kem motivasi,tuisyen...ops...bukan aktiviti budak2 cuti sekolah yang ingin aku kongsikan, tapi aktiviti aku,miss twins n puan ibunda dan kadang2 bsama kawan2 aku..tapi apa aktiviti 2?

emmm...*hint please*
~bila dua hati menjadi satu, janji diikat menjadi padu~ dan sila lihat video clip di atas~

kompang d palu...pengantin baru..eeewwwaaahhh..cak pong cak pong... hampir setiap minggu walimatul urus d penuhi...tahniah tahniah kepada mereka semua ya.....

.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.

Sunday, December 12, 2010

it's 6 november

as'salam..

wow! 6th november come again...syukur alhamdulillah..perkataan yang lahir dari sudut hati paling dalam dan terluah sebagai tanda kesyukuran dengan pertambahan usiaku n miss twins~ we were 25 already~ dalam meniti usia aku berdoa agar pertambahan usia ini bertambah rasa cintaku padaNYA..semoga langkah kami d tahun baru ini d iringi dengan rasa kebahagiaan amin...

d sebalik pertambahan usia, aku n miss twins sebenarnya kami berhempas pulas d ofis d tmani our best fren sue (actually sue ni dulu my best fren,tapi nmpaknya aku kena bkongsi ngan miss twins) dalam misi utama kami sbagai pkerja bdedikasi... *wink!

berjuta2 lemon kepada yang wish d facebook, sms mau pun email =) sangat sayangkan kamu semua..mmuuaappphhh~

aku RIndu

salam....

wah...agak lama aku tidak memberikan perhatian,kasih sayang,sentuhan kasih atas Qaseh arttati...sila jangan marah saya ya cik blog ku syg..saya teramat2 la S.I.B.U.K dengan segala tugasan bukan sj sbgai pkerja bdedikasi (wah,bangga aku puji diri) tetapi juga sbgai anak yang solehah (smbil genggam 2 tgn mcm nyanyi nasyid) =)

apa pun yang terjadi selama bbrapa bulan akan aku cuba tuliskan dengan indah sbgai luahan rasa yang bmakna..biar 1 hari nanti aku akan tersenyum bila mengenangkan hari2 aku...

Monday, September 13, 2010

SesSi membersihkan RumaH

salam...

emmm,sebelum bermulanya syawal,sambutan hari raya yang akan diraihkan dengan meriah oleh seluruh umat islam seantero dunia..sebelum bermulanya marathon bermaaf-maafan dan bersalam-salaman...dan jugak kunjung mengunjungi sesama kita, harus la ada sessi paling penting sessi pembersihan rumah dalam erti kata lain sessi mencantikkan rumah dan pembuangan habuk yang berlebihan...

seperti tahun2 sebelumnya,akan ada sessi naik angin dari aku...begitu jugak tahun ini...bayangkan la, aku sudah la penat jaga kedai encik ayahanda, sebelum pegi kedai aku pesan la budak sewel d rumah aku 2 bersihkan rumah, tau apa dia buat??? NOTHING! aku punya la geram..betul2 sewel dan menyakitkan hati...akibatnya aku kena berjaga dan bersengkang mata hingga jam 4 pagi membuat sessi ni 1 org...it's ok..ko tunggu la budak sewel,aku PASTI balas dendam!!!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan kareem

salam...

saat aku menulis kali ini selesai aku usai solat maghrib...ya ALLAH aku meratapi pemergianmu wahai ramadhan...usia ku hmpir 25 tahun,namun aku tidak pernah sesedih ini,ya ALLAH kejamnya aku terhadap diriku yang tidak pernah mengenal kemanisan ramadhan,thank u ALLAH mengurniakan aku perasaan ini sebelum KAU menjemputku...aku tertanya2 adakah aku punya peluang lagi bertemu ramadhan? insyaALLAH....

tahun ini,puasa ku tidak 1 pun 'bercuti'..iya,puasaku genap sebulan...mula2 aku menganggarkan aku akan bercuti pada minggu terakhir ramadhan,namin kuasaNYA tiada siapa yang boleh menafikannya....thank u ALLAH,andai ini ramadhan terakhirku aku bersyukur KAU memberiku peluang merasai nikmat ramadhan selama sebulan sama seperti zaman kanak2 ku....

aku, miss twins n adik beradik yang lain dilatih berpuasa seawal usia kami 6 tahun, masa 2 d tadika lagi..aku bertuah kerana ada miss twins yang berpuasa bersamaku, kalau dia half day puasa, maka aku jugak akan half day hihihi... puasa penuh ku seawal usia ku 8 tahun, masa 2 kami dalam darjah 2, terima kasih encik ayahanda dan puan ibunda yang mengajar kami menahan lapar dan dahaga dalam bulan ramadhan, kalau org lain di ajar dengan sistem 'upah'  atau baju raya,bagi aku n miss twins kami tidak sebertuah itu, tapi kami labih bertuah kerana puasa kami lillahitaala tanpa ada sebarang rasuah dari encik ayahanda dan puan ibunda,alhamdulillah..dan seandainya aku mempunyai putera dan puteri aku berdoa semoga jejak langkah encik ayahanda dan puan ibunda menjadi panduanku mendidik mereka, insyaALLAH...


Wednesday, September 8, 2010

masih ada yang mencetus kemarahan dalam semangat 1 MALAYSIA

salam...

entry pada kali ni cukup2 membuat perasaan yang tenang menjadi marah... dalam 2 minggu yang lepas, masa check facebook.. tertengok 1 pic.... click..n baca...u guys know what happen?? ada 1 org hamba ALLAH ni mengutuk tanah kelahiran aku... dan dia SANGAT melampau... kamu x pcaya? cuba kamu pegi ini page http://www.facebook.com/pages/Kami-Benci-Luca-Lucas-Krn-Mengutuk-Negeri-Sabah/143857925651118 n tgk pic dalam 2...dia MENGHINA SABAH n all SABAHAN...trully,i'm hot!!

aku..( secara amnya,kami sabahan) betul2 x fhm, apa salah kami n apa salah negeri kami...kami sangat2 terluka sehingga banyak kata2 makian, kata2 sumpahan yang ada dalam group 2... sama seperti ibu bapa kita d hina, pasti secara tidak berfikir panjang kata2 kesat pasti akan keluar...but,deep inside our heart after a few minutes thinking, ada yang sedar kata2 mereka melampaui batas...tapi i2 sebenarnya yang kami rasa

apa erti 1 MALAYSIA..kawan2 d tanah semenanjung tidak suka ka kehadiran kami sabahan? atau org yang mental ni sj berfikiran demikian? atau ramai lagi yang berpendapat mcm ni.... baru ja malaysia meraikan hari kemerdekaan tapi perkara mcm ni terjadi..mungkin ada d luar sana yang berfikir,"ala, benda remeh mau kecoh" kalau ada yang berfikir mcm tu, baca la page Kami Benci Luca Lucas Krn Mengutuk Negeri Sabah.



Tuesday, August 31, 2010

SElaMAt Hari Merdeka

tanggal 31 bulan 8..57,merdeka,merdeka tetap la merdeka,ia pasti menjadi sejarah.... (^_^) ~ itu adalah lagu yang akan berkumandang setiap kali hari merdeka...sebagai anak merdeka d bumi bertuah malaysia ini, aku bersyukur kerana bila aku n miss twins mencelik kan mata lahir d dunia, malaysia sudah merdeka... bercakap mengenai sejarah,masa sekolah2 dulu aku tidak terlalu pandai dalam subjek ni, tapi aku menghayati erti kemerdekaan,erti sebuah perjuangan,pengorbanan untuk melihat generasi akan datang tidak sengsara... o ya, miss twins terer sejarah slalu dapat A .... 


masa sekolah dulu, aku pernah terlibat dalam perarakan kemerdekaan sbanyak 2 kali, skali masa sekolah menengah dan kami menang johan pertandingan kawad merdeka kategori sekolah dan 1 kali masa aku belajar diploma d alor setar... (^_^) kenangan yang cukup indah x mungkin aku lupa..walaupun penat tapi apa la sangat penant aku jika dibandingkan pejuang2 kemerdekaan dulu...


pada hari merdeka tahun 2010 ni, puan TRI menyambut hari lahirnya..betapa btuahnya dia lahir d tarikh rakyat malaysia mendapat kelepasan am iaitu cuti hihihihi...  encik suaminya ingin membuat suprise,tapi beliau tidak mempunyai no fon kami..mmmm....last skali,suprise dia mmg jadi sbb dia yang suprise sendiri...nway,thanks bu 4 de delicious food..love it!


dan utk tahun ni pada hari kemerdekaan aku ikut puan ibunda, puan nenda n miss twins membeli belah a.k.a shopping raya..sebenarnya puan nenda yang lebih banyak membeli, kami ni cuma hulubalang yang setia hihihi....bermula pada jam 10-11 (lebih kurang) d mulakan dengan city mall ke kk ke giant kelombang..fuhhh! perjalanan kami berakhir pada jam 1630...sangat letih...o ya, aku n miss twins sudah target baju raya yang kami akan beli nanti hihihi

Sunday, August 29, 2010

BelajaR meng'edit' Pic

salam....

haRi ni aku tolong encik ayahanda jaga kedai sebagaimana rutin mingguan aku~aku anak yang baik tau~ hihihi... aku rasa agak sedikit bosan..gari ku d lalui dengan facebook n youtube peneman d kala sunyi..sampai la terdetik d hati ini~bosan~ aku pun mau mencari sesuatu yang lain,akhirnya aku menyentuh photoscape ku ~yang sudah agak lama d download tapi blum tau guna sepnuhnya oleh aku~ sebenarnya aku tertarik ngan photoscape bila aku terbaca blog PUAN TRI (^_^) jadi aku pun cuba la...mari kita lihat hasilnya....suspen
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tada.....hihihihihi....


gambar kakak n adik aku jadi sasaran testing..kiranya macam bidan terjun la pic diorg ni hihihihi.. untuk org yang ptama kali n baru blajar,korang rasa rating aku brapa?

Saturday, August 28, 2010

MOOD lagu RAYA

salam...insyaALLAH tidak lama lagi umat islam seluruh pelusuk alam akan menyambut SYAWAL... jadi mood aku sekarang adalah mendengar lagu raya hihihihi (^_^)
ini theme utk ringtone aku n aku sangat suka lagu ini...sangat!!!


untuk pengetahuan anda2 semua...ini kali pertama aku tengok video clip original lagu suasana hari raya ni... bila aku cari2 d youtube,ada videoclip ni siap ngan descriptionnya lagi...


masa aku kecik2 dulu~sebenarnya tidak la kecik sangat,d saat aku sudah boleh menghafal lagu raya rasanya~   aku suka lagu ni sbb aku ingat penyanyinya kecik macam aku, dan aku x tau anuar zain dan ellina yang nyanyi lagu ni rupanya sudah pun bukan kecik lagi...apa pun lagu ini tetap menjadi peberet aku (^_^)

Wednesday, August 25, 2010

Minggu kedua Ramadhan~

salam....

kemarin genap la umat islam berpuasa 14 hari...alhamdulillah...dlm minggu kedua berpuasa ni,ada 1 hari 2 aku x tbangun sahur-hihihihi- tapi alhamdulillah aku teruskan puasa dan berjaya smpai ke garisan penamat hari tersebut~yeah!!!~ 

dalam minggu kedua ada 2 kali aku berbuka d luar..dan dalam minggu kedua ni aku,miss twins,xai nal, bos firwan,aziezi bkerja d hari sabtu dan ahad semuanya kerana ingin menyiapkan 'student gthering' survey yang kami buat~o ya, survey ni d buat utk melihat tahap ke'satisfaction' an para pelajar ACIC, maklum la sbgai stdnt dan hati pun muda pasti banyak yang ingin d luahkan tapi tidak ada saluran..jadi,kami mengambil jalan highway utk mereka-idea yg d ilhamkan oleh bos aku,xai nal- alhamdulillah, saluran ini d gunakan dengan baik oleh para pelajar ACIC..mereka datang dan berkongsi crita,perasaan,maklumat dengan kami..tapi apa yang buat aku terkilan...ada jugak pihak yang x puas hati, rasa diri diorang x selamat.... biasala org sudah buat salah kan,takut la...emmmmm...~

minggu kedua ni jugak mr rite mengalami sedikit kecelakaan...cian my mr rite..sabar la ya....

dan minggu kedua ni jugak aku n miss twins x lagi bersenam d kala petang hari iaitu tawaf bazar hihihihi..kami just beli juadah berbuka untuk ayahanda n keluarga dalam CP ja...restoran pilihan adalah restoran malawali, alhamdulillah encik ayahanda suka makanan dari restoran 2 bbanding juadah dari bazaar (^_^)

2 ja rasanya..o ya,nantikan crita minggu ketiga...kerana ada sesuatu yang mengguris perasaan aku n miss twins terjadi ='( apa pun selamat berpuasa semua.....



Wednesday, August 18, 2010

Minggu pertama Ramadhan

alhamdulillah, aku bsyukur ya ALLAH,KAU memberiku kesempatan menjalani ibadah puasa pada tahun ini...sungguh besar nikmatMU...thank you ALLAH

emmm...hari ni sudah 8 hari berpuasa,alhamdulillah...rutin aku n miss twins berubah d bulan mulia ini... masa kerja aku hbis pada jam 4 ptg~thanks ACIC~ tapi aku perlu menunggu miss twins sbb masa kerja dia hbis jam 4.30...emmm never mind aku boleh buat keja jugak hihihihi ^_^ 

setiap kali jam mnunjukkan jam 4.30 aku la plg alert, maklum la kami mau ke bazar ramadha asia city hihihi..membeli juadah berbuka..o ya, aku akan membeli utk Encik ayahanda,miss twins akan membeli utk puan ibunda dan jga kakanda hihihi... kami sekeluarga akan berbuka d kedai tpt kami mencari rezeki... alhamdulillah...

biasanya aku n miss twins sudah tau apa yang kami mau beli,so kami x mengambil masa yang lama d bazar,bukan apa,kalau kami lambat,mesti family kami akan berbuka dengan juadah air sejuk,biskut...jadi kami mesti smpai sblm berbuka..ya la, utk bulan ramadhan ni,berbuka dengan juadah istimewa... selama 1 minggu ni aku blum lagi pnah lambat utk smpai d kdai..alhamdulillah...thank you ALLAH...

lepas berbuka,encik ayahanda akan menunaikan solat terawih d masjid, aku pulak akan terus berada di kedai..x apa, aku bagi encik ayahanda menunaikan d masjid...

apa pun, aku harap puasa pada tahun ini akan lebih bermakna...insyaALLAH

Tuesday, August 10, 2010

Bulan Ramadhan

syukur alhamdulillah...ku pnjatkan kesyukuran kerna DIA memberi ku ruang dan peluang serta rezeki bertemu dengan bulan yang mulia sekali lagi pada tahun ini THANK U ALLAH~

sebenarnya aku amat gembira ingin menyambut bulan ramadhan pada tahun ini..perasaan yang sukar untuk aku terjemahkan dengan kata2..bayangkan dalam masa seminggu ni aku boleh ingat pagi ini adalah hari berpuasa, dana aku terhidu bau2 masakan setiap pagi sama seperti ramadhan d kala aku meningkat usia kanak2 ke usia remajaku...syukur alhamdulillah ya ALLAH kerna mengurniakan aku perasaan itu. andai ini ramadhan terakhir ku aku redha ya ALLAH kerna ianya manis buatku.. 

ini adalah ramadhan kedua buatku n miss twins bersama2 ACIC..rezeki kami menjalani puasa d cni untuk tahun kedua bakal membawa kami ke bazar ramadhan...x sabar rasanya..cuma kalau tahun lepas criss,tri, kak asmah, aku n miss twins bsama2, tapi thn ini hanya aku, miss twins n kak asmah yang tinggal...tapi aku percaya kawan2 kami juga gembira menyambut ramadhan...


untuk semua d luar sana, kaum keluarga, sahabat handai, muslimin muslimat selamat berpuasa dan jom kongsi


niat puasa ramadhan


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


doa berbuka puasa
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

selamat berpuasa ^_^

Sunday, August 8, 2010

BBQ with hostel students

hari jumaat lepas adalah hari makan2 untuk ACIC students yang tinggal d hostel...aktiviti ini adalah buah fikiran xai nal~our boss~ hihihi lama dia menyuarakan hasrat ini n pada bulan ini alhamdulillah terlaksana jugak...

xai nal with versin
bermula dengan perbincangan yang memakan masa berjam2 lamanya kepada pengutipan cukai hihihi kepada perancangan pembelian barang kepada pertemuan dengan students kepada aktiviti pembelian barang kepada pelaksaan ^_^ 

staff in action
student in action
apa yang aku harapkan aktiviti ini akan membuat para pelajar mengenali sesama mereka dan lebih gembira tinggal d hostel.. mugkin itu juga harapan kawan2 aku..kepada para pelajar ACIC d luar sana, kalau kamu mau join next time kasitau ya hihhi.

ACIC race ~great activity of marketing department~

d saat salah seorang dari kami telah meninggalkan ACIC~puan tri~ kami memikirkan activiti yang boleh menceriakan semua pelajar...bagi kami siapa yang ingin melakukannya jika bukan kami...kami ambik seruan itu sebagai 1 cabaran...awal mulanya crita apabila diri ini btemu dengan Bos Firwan... d akhir perbualan yang panjang aku menyatakan "bos,mari kita buat aktiviti" that's it...sebenarnya idea ini telah d lontarkan namun masa yang sesuai belum datang bjumpa kami hehehehe...idea ini d nyatakan hanya pada hari isnin..segala persiapan bmula pada hari selasa...selaku "PA" kepada departmentku aku memulakan langkah ^_^ bermula dengan announcement kepada bajet kepada proposal kepada panggilan telefon kepada bbrapa agensi terlibat kepada penemuanku bersama pihak polis~ a BIG THANKS 2 ibu pejabat polis kota kinabalu~ kepada pelaksanaan aktiviti ini d hari sabtu...bak kata tri projek terjun ini menjadi 1 aktiviti yang kami laksanakan dengan jayanya~scent of proud~...

miss twins n sue chekpoint at jesselton point
malam sebelum bermulanya aktiviti ini terdapat insan2 yang mengorbankan tidur mereka demi sebuah 'kesuksesan' aktiviti~miss twins, xai nal, aziezi n bos firwan~ bermalam d ofis actually bukan bermalam kerana mereka tidak tidur pun menyiapkan semua...n me??? sorry guys suppose there is me wif u but because of my mr rite yang x larat drive hantar aku balik,aku pun mengundurkan diri...
it's our checkpoint

keesokan harinya bila hari aktiviti bermula, kami tersangat la xcited...bukan peserta ja hihihi... kumpulan pertama tiba d checkpoint kami adalah group azam,fendi n leroy~ o ya, at my checkpoint de group have to count flags n my checkpoint at PASAR BESAR KOTA KINABALU~ terkial2 student mengira..kalau lepas pandang ckit gerenti salah kira...n de penalty,kira balik..wow!!!

banyak kisah terjadi d checkpoint kami ni...antaranya kami hampir2 terlepas 1 group bila kiraan kertas pnunjuk melebihi dari jangkaan~sorry 4 frenky,arman n wimi group..tapi miss sudah tebus kesalahan bah kan hihihi *wink2!~ pas 2 kami makan2 buah lagi,susuk d tangga lagi n sempat bfast ^_^

bos Firwan with the winner
there is 8 checkpoint dan chekpoint terakhir adalah signal hill~best kan~ dan da winner of ACIC RACE 2010 is kimlie, christ n francisca~ 

once again...a BIG thanks 2 all da agency~SURIA BUMIRIA (jesselton point checkpoint), IPD KOTA KINABALU, DBKK~ for da excellent co-operation...to marketing staff of ACIC n special thanks to puan tri~ n a BIG sorry 2 bos firwan, xai nal n aziezi also miss twins bcoz saya bercuti d saat akhir pelaksanaan activity ini =(

2 all da participant..all de 11 groups of racer~our beloved students~ thanks u wif all de co-operation..u guys r great..dengan teamwork, dengan kesabaran, dengan kebijaksaan kamu semua menyelesaikan tugas d setiap checkpoint...THANK YOU n miss mau minta maaf sekiranya ada yang terkurang semasa aktiviti ini dijalankan...sesungguhnya tidak ada yang sempurna melainkan DIA~

muka ziezi yang mcm penat
o ya...saya SUKA BAJU PINK SAYA...ACIC RACE 2010..c u 4 in de next RACE

farissa n xai nal at last checkpoint~tired~
tri n yus~tired~mcm kamu pulak race kan? ^_^












xai nal at his checkpoint

Monday, August 2, 2010

Berkelah di tepi SungaI

airnya jernih,tptnya cantik
pada ~terasa lucu pulak dimulakan perkataan ini,terasa mcm zaman sekolah~ 010710 kami membuat 1 lagi aktiviti Leisure~mengisi masa lapang dengan aktiviti berfadeah dan menguntungkan~hihihihi

makan2
janjinya seawal jam 7 pagi..tapi tindakan dan pelaksanaan adalah pada jam 1230 tengahari...emmm, sangat menyeronokkan sbb dapat bkumpul dengan kawan2,makan2~selepas peristiwa menyedihkan itu~ aku n miss twins mbeli barang dalam masa yang sama menunggu mami nana n baby ain d pasaraya, puan Tri + encik suami beserta farissa sudah mengambil tpt d sana~gud!effective~ kami tumpang nana pegi sg kibunut wif baby ain..

sg kibunut ni terletak d penampang, airnya jernih dan sejuk,keadaan sekeliling sangat mendamaikan mata...masa kami d sana adalah sekumpulan penjawat awam juga d tempat tersebut,emm tapi x mau ckp pasal tu semua sbb cakap pun menyakitkan mata dan otak ...

aktiviti yang kami buat d sana adalah mandi,bbq n makan ^_^ o ya,take pic juga wif DSLR hihihi...best...lain kali mesti datang lagi

Kau Pergi Meninggalkan kamI

lama rasanya tidaK meng'update' blog sendiri~ hati ini terpanggil untuk menuliskan SesuAtu


JumAat yang lepAs kami ~me,miss twins n all of ACIC staff~ kehilangan 1 laGi staff bila dia pergi mninggalkan kami d ACIC..namUn pemergian beliau cukup berkesan d hati aku n miss Twins.. aku tidak tau org lain tapi dia kami anggap bukan sahaja sebagai teman sekerja tapi lebih dari itu...


dan hari ini adalah hari pertama dia tidak bersama2 kami...hanya ALLAH yang tau btapa aku terasa kehilangannya..aku ke ofisnya,aku duduk d kerusinya..dan aku teringat2 saat2 kami makan,bcerita dan bgelak ketawa...


puan Tri, Miss twins n me
bercerita tentang dia..dia rajin,dia kreatif..kami suka kerja2 n idea2nya...aku mengenalinya dari zaman persekolahan ku, mugkin janjiNYA kami d pertemukan semula sebagai rakan sekerja.kali pertama menjejak kaki ke ACIC,kami jadi geng hehehe, mau makan,keluar sama2,crita jugak berkongsi..aku juga mengenalinya dari zaman single hingga la menjadi suri hidup suaminya ^_^ aku ingat lagi, aku tersangat la xcited mrancang itu n ini ~bunyi mcm aku ni pengantin kan~ dan aku juga menghadiri pernikahan dan persandingan mereka... encik suaminya juga sangat baik, sangat rajin menolong sampaikan dia pernah ckp " encik suami ni partime d ACIC"


kini hanya tinggal kami...dia 'PUAN TRI AGUSTINA' telah meninggalkan ACIC...namun semua kenangan,usaha,idea yang d tinggalkan buat kami,akan menjadikan kami sentiasa mengingati dia..

Sunday, June 20, 2010

DeMAm Piala Dunia

salam....dalam melayari kehidupan seharian, di tempat kerja,ngan kawan2 aku tidak lari dari mendengar piala dunia...tpt kami selalu makan pun sehari sebelum piala dunia ada bendera...wow!~ kejohanan yang di tunggu setiap 4 tahun sekali terutamanya oleh kaum adam~trmasuk la my mr rite~ dan utk entry ni...let's sing the song Waka Waka Hey Hey!


You're a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
And back in the saddle

You're on the frontline
Everyone's watching
You know it's serious
We're getting closer
This isnt over

The pressure is on
You feel it
But you've got it all
Believe it

When you fall get up
Oh oh...
And if you fall get up
Oh oh...

Tsamina mina
Zangalewa
Cuz this is Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Listen to your god
This is our motto
Your time to shine
Dont wait in line
Y vamos por Todo

People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Saturday, June 19, 2010

FrenS weddinG neaR de CorneR

salam....

alhamdulillah...rezeki cuti sekolah ni murah...ada beberapa kawan yang mendirikan masjid...gembira dengan kemajuan semua kawan2...dan antara wedding yang dapat dihadiri adalah wedding my childhood fren... namanya Puan Maryam~kini~ berkahwin dengan encik Aziz dan berlangsung depan rumah kami~ini kerana rumah puan maryam betul2 depan rumah kami hihihi~ sebenarnya banyak kenangan kami~me & miss twins~ dengan pn maryam..aku masih ingat lagi dia adalah our 1st fren bila kami pindah cni...kami main badminton,congkak tanah dan sbgainya~termasuk la main masak2 hehehe~ dan bila perkhabaran dia akan menjadi suri hidup sesorang aku gembira dan rasa tidak sabar~ mcm aku pengantin ppuan hihihihi~ dan pada hari yang berbahagia itu aku menjadi flower girl hehehe~panggilan aku utk org yg mnjadi 'pengikut' setia pengantin...~ n i luv it! bygkan la sehari sbelum hari sanding aku boleh bertahan sampai jam 4 pagi utk pelamin mereka,n 1 more time i luv it! doa ku buat pn maryam dan encik aziz... semoga ikatan suci yang terbina menjadi titik mula dalam kehidpan kalian menongkah ujian penuh duri d dunia yg fana ini dan semoga pn maryam akan menjadi bidadari en aziz d SANA nanti..insyaALLAH..








ini la pn maryam in a making ^_^





dan 1 lagi wedding yang sempat aku, Pn tri, En edy, miss twins n farissa hadiri adalah wedding kawan sekolah kami.. encik rasid dan pasangan...selamat pengantin baru



dan di saat aku menulis blog ini ada lagi 2 wedding yang aku kena hadiri...^_^

Monday, June 7, 2010

thanks~

aku bersyukur kerana dalam aku meniti usia ku, dalam aku menjalani kehidupan ku, ada seseorang yang menjadi pemerhati ku...khilaf ku menjadi tegurannya...mungkin kadang2 aku terlalu bersifat budak2 tidak suka d tegur tapi selepas beberapa minit aku akan mula tersedar dia tidak berniat jahat,dia cuma ingin menjadikan akhlak ku semulia seorang bernama wanita... 

ErTi Kasih~

salam.... aku suka dengan entry kali ni ErTi Kasih..membawa makna yang mendalam buat aku dan mr. rite ^_^


semalam dia tanya ~sebenarnya sudah bberapa kali dia tanya~ 'da red' mau letak nama special..aku pun tanya contohnya mcm mn: mr rite ckp mcm Qaseh Arttati.. aku pun mula la memeras otak(kering kontang sebenarnya) maka tercipta la ErTi Kasih buat kami... 



Thursday, June 3, 2010

FinaLLy~

Salam...

ya ALLAH andai kesedihan ini sebagai pengubat jiwa buat ku aku menerima seadanya ujianMU ini ya ALLAH.. aku bersyukur kerana ini adalah yang terbaik buat ku...

beberapa bula lepas aku ada ujian SPA~still remember?~  lama jugak aku mnantikan result exam tu... finally da result keluar jugak..n i'm FAIL! sedih memang la sedih,aku berusaha untuk exam kali ni...bukan la tidak suka keja ngan ACIC, aku suka,teramat suka..mana lagi tpt keja yang sekelilingnya sudah dianggap seperi ahli keluarga sendiri? d sini aku belajar bukan ja pekerjaan tapi kekeluargaan ^_^ tapi dengan kehendak bapa, aku jugak put my full effort 2 dis exam..x apa la,blum rezeki aku lagi...insyALLAH my time will come....

Saturday, May 29, 2010

friendship day

assalamualaikum w.b.t...(mode melihat IMAM MUDA ~astro oasis~ )
hari ni hari bertemu puan arfazilah,puan tri dan puan muhainie hehehe..semua kawan aku PUAN hoookkkeeeyyy! kami makan2 pas 2 only 4 of us tgk wayang~Prince Of Persia~ kerana Puan nana mempunyai agenda yang mesti d uruskan hehehe.. lama tidak berkumpul ngan korum yang cukup..thanks frens..berkongsi crita n lauk...
pagi2 lagi aku mencari shawl PINK aku rupanya nani 'menyimpan' dengan baik d rumahnya..baik la!
makan2 d Growball kami berkongsi nyanyi lagu bday..ingat macik 2 mau la bagi kami kek rupa2nya x..hampeh!! hehehe(mengharap rupanya~tia pa Puan Tri bagi aku kek tau,Coffee Bean lagi huh!)
"Prince of Persia" mbuat kami ber4 blik2 tersentak hahaha,kalau ingat balik mesti lucu,tiba2 ja kerusi bgegar ni hahaha...puan nana sekiranya anda ada,saya dapat rasa ketawa kita kuat2 (kalau part yg lucu la)
to puan ila,aku doakan yang terbaik buat ko ya untuk interview n induksi ko nanti..plz rmmber dat u always have us 2 beside u..no matter what they say about me n miss twins' it's up 2 u untuk mencerna..
last but not least~ LOVE u my fren~

Friday, May 28, 2010

lama nGak KeteMu

salam...
hehehehe, aku sendiri lucu membaca entry ku kali ini..ala2 seberang ya non..maklum la kita kan hidup serumpun..ngak jadi kesalahan ya bapak2 ibu2..huhuhu...aku rindu untuk menulis dan meluahkan segalanya..terima kasih cik blog ada untukku~
kehidupan ku sebagai seorang pekerja ACIC yang berwibawa~wow!wibawa hokkkey!~ ku jalani seperti biasa dan sedikit ketekunan dan kestressan~perkataan ciptaan ku untuk stress peringkat normal~ sebab JUNE intake telah bermula..pada mulanya aku dan mereka~iaitu officemate aku~merasa yang we can handle it..we can achieve the goal..tapi emmm,kami sedang berusaha untill end of this month,doakan kami k... tapi dalam keadaan kami yang tumggang terbalik ngan semua tu ada jugak pihak2 yang sangat2 melemahkan kami..halllloooww kammooo kalau kamu 2 hebat sangat tukar department la...ada kami kisah??!! tau cakap ja,macam tin kosong!huh! pas 2 boleh pulak pegi kutuk2 ACIC d luar,diorg 2 sedar atau tidak rezeki yang masuk dalam mulut diorg 2 dari ACIC kalau rasa2 x suka ACIC get out!!!!~mcm CEO pulak aku rasa~ x berkat tau apa yang masuk dalam badan ko 2 duit gaji tempat yang ko kutuk2 d luar 2..aku malas + marah teramat sangat ngan golongan macam ni.. n bila tiba masa mau menolong ada la 1 org ni pndai pulak melarikan diri,racun betul la dia ni,pndai kutuk2 tapi x pndai nak majukan diri,kalau aku jadi CEO memang aku x simpan org mcm ni,nasib la CEO x tau pasal ni kalau tidak aku yakin CEO akan buat mcm aku rasa...dalam kesibukan dan kestressan kami,pelajar2 june intake pun sudah masuk hostel n minggu orientasi,seperti biasa departmentku tidak dipandang walau sekilas =( never mind yang penting ACIC akan terus bernafas... hidupku sebagai seorang insan yang bergelar anak...hmmm dalam kesibukan aku d tempat keja aku masih mampu menghadirka diri menolong bpa d kedainya,walaupun most of da time aku keja n x sempat tapi aku ttp akan ada d cni hari sabtu atau ahad..tapi org d luar sana mungkin cemburu ENCIK ARSJAD ada anak seperti kami yang ada kerjaya dan sangat membantu org tua~hehehe~ sehingga ada org bawa cerita ngan bpa aku "pacik,anak pacik tu keja restoran mana? tengah2 malam kena hantar balik" kesian betul la pacik driver teksi ni,mungkin anak2 diorg x belajar tinggi n berjaya mcm aku n miss twins~hambik ko pacik!~ sbb 2 la mcm2 kaca fitnah diorg tabur depan bpa aku agar bila bpa pijak ja kaca2 2 bpa akan rasa sakit...cian bpa aku...n da result bpa ckp ngan aku " brenti keja,tolong bpa jaga kedai" mesti melompat2 pcik2 driver teksi 2 kalau dengar kan...almaklum la aku ada ijazah sarjana muda perniagaan ni cuma mampu jaga kedai ja...geram!! tapi tidak apa bpa aku mmg mcm 2,ini kali ketiga bpa cakap mcm 2 sbb aku x sempat tolong dia jaga kedai hhihihihi... hidupku sebagai teman~ walau sibuk tapi aku sempat meluangkan masa aku n miss twins' tengok wayang ngan su cerita NIGHT MARE hehehe...tersentak2 kami brtiga dalam panggung hehehehe... ada jugak aku,miss twins', xai nal n aziezi tengok wayang free~dapat tiket dari GSC Suria Sabah~tengok crita hehehe aku pun lupa sudah...pas 2 menghabiskan masa berkualiti jugak kami buat ngan p mandi sungai d kibunut...best jugak mandi sungai dalam hujan hehehehe hidupku sebagai seorang kekasih berjalan dengan baik...cuma kadang2 kami ni pndai jugak makan hati x kan makan daging ja kan tiap2 masa...^_*

Thursday, April 15, 2010

Geram!!

salam...
aku rasa Geram sangat ngan org2 yang x ada kesedaran sivik ni la...
mcm ni critanya, kemarin aku lambat pegi keja~mmg niat mau lambat sbb shari sblum 2 aku outstation n blik malam~ aku tunggu la bas..hampir 15 minit tpacak mcm tiang lampu datang la sorang pompuan ni,actually aku kenal jugak dia ni..around 10 minutes later,ada la bas ni...malngnya bas mini ni ada 1 ja kosong...n luckily bus 2 stop btul2 dpan aku...cuba kamu teka apa pompuan x ada kesedaran sivik 2 buat? dia brebut ngan aku ya,n then kami naik la sama2 even aku tau 1 ja ksong tpt sbb aku lagi berhak naik kan sbb aku lagi lama tunggu n bas 2 stop depan aku,last skali aku duduk btul2 ats lantai~tapi ada bongol tayar la~ n ppuan x ada kesedaran sivik 2 boleh buat muka bodoh tanpa saya sorry! aku geram btul!

LiFe MusT Go On

assalamualaikum..hallo blog,terasa rindu untuk meluahKan d daDamu hehehehehe~ apa yang berlaKU denGAn aku ya selaMA 2 minggU ni? apa YAng aku tau mingGu2 terakhir ni aku TerlalU letih dengan KehidupanKu...keja..social life..family Matters...well i'm haPPy with it...
keja~ 2 MINGGU AKU TERLALU bzy ke sana kemari untuk career talk n exhibition....once again thanks a lot utk sekolah2 yang sudi mnerima ACIC...byk jugak cikgu2 yang aku jumpa,yang hensem,yang baik, yang cntik,yang baru,yang lama...pendek kata semua TERBAIK. performance aku dalam mnyampaikan maklumat kepada mereka?emmmm,rasanya aku sudah mmberikan yang terbaik kpada semua pelajar semoga perkongsian maklumat akan menjadi penyuluh pada hala tuju mereka selepas ini..insyaALLAH. dalam keghairahan aku ke sana kemari,aku di panggiL untuk exam SPA~alhamdulillah,dengan rezeki yang ALLAH kurniakan~ walaupun ianya hanyalah exam,namun aku ttp mcuri sedikit masa untuk mmbuat revision (rajin kan aku hehehehe) dan pada haRi exam 2 adalah Hari aku kena Pegi PLKN Tanaki,aku terpaksa korbankan~dapat sesuatu harus melepaskan sesuatu ~ exam 2 susah gila,tapi alhamdulillah aku dapat menempuhinya hehehehe..d sebalik semua 2, aku kehilangan officemate aku bila dia resign..terasa ksong department itu..aku sebenarnya agak tidak mampu berdepan dengan ppisahan slpas bbrapa officemate aku resign last year..aku terlalu sedih,seperti biasa Bos Firwan, Xai nal n aziezi adalah org2 yang mminjamkan telinga~thanks a lot guys~
social life~oleh kerana aku terlalu sibuk maka masa bersama teman2 tersayang agak berkurangan 2 minggu ni..tapi aku sempat jugak tgk wayang ngan tri n miss twins hehehehe..cuma waktu sarapan yang aku luangkan bsama kawan2 tersayang agak limited, puan arfazilah jugak ada blik bcuti n dia blanja kami YOYO hehehe~like it~ thanks puan ila... ada jugak aku keluar ngan farissa,jenny,tri n miss twins lepas dari bday ain~BABY GIRL nana~ tgk suset kunu padahal sdh malam hehehehe.
family~masa untik tolong bpa~encik ARSJAD~ masih ada lagi..setiap kali blik keja (kalau x sampai malam la) aku akan tolong beliau ^_^ baik kan aku hehehehe... tapi kemarin 14.4.10 beg bpa kena curi..hbis smua ic, lesen ngan duit dalam beg 2 kena ambik...kurang ajar btul la pncuri 2,cian bpa,susah hati ni....

Thursday, April 1, 2010

School Seminar n Exhibition ^_^

salam... agak Lama x menuliS meluahkan SesuaTu yang Bakal menjadi KenanGan kepada ak 1 harI nanti (kalau Aku MAsih ingat Buka Blog la Untuk TatapaN~wink!)
MinGGu lepas MerupakaN minggu Yang agak Bzy bagiku..3 schools in a week 4 SeminaR kerjaya n Education ExhibitioN~fuhhh! bmula EpisoD unTuk ku MErasa keletiHAn, tapi aku SUKA~sangat Suka~ sekolah yang Bertuah menerima kehadiran kami dan mendengaR suara Merduku membangkitkan Semangat mereka untuk tau matlaMAt hidup MEreka ~ SMKA Mohd Ali, Ranau~harI jumAAT hari d mana Aku menemui bakal pemimpin yang lahir dari sekolah itu..ada org ckp ~ala...buat promotion la 2!~ apa2 ja la yang penting Niat ku ikhlas utk membantu mereKa sbb aku terkenang ZamaN aku d sek men, aku x tlalu terdedah dengan semua ini, yang ada cuma cikgu2 ku~aku sayang mereka~ tapi dari luar, x ada..kadang2 aku juga mau suara merDu dari Luar d telinGA ku pada Waktu itu...tapi semua sudah berlalu,dan aku bersyukur d mana Aku berada sekarang..aku suKA dengaN dasar kerajaan d mana Private sector seperti Kami harus sama2 membantu Kerajaan..ini la kami cuba Lakukan, mungkin usaha Kami sedikit tapi At least kalaU ada lagi pelajar sekolah yang Tidak sedar,mereka akan terjaga mendengar suara merduku heheheh~walaupun aku ni pelat 'r'~ dan kepada sekolah2 yang bakal menerima KEhadiran ACIC, nanti kan kedatangan Daku...bjuta2 ribuan Terima kasih aku sampaikan Dari hati ini dan bagI pihak ACIC kepada sekolah2 yang menerima dan bakal menerima kami..aku ckup merasa terharU jika ada d kalangan pelajar2 yang ku temui d sekolah2 ini masih mengingat diri ini..sambil ucapan terima kasih keluar dari mulut mereka dan yang mbuat aku tersenyum ada yang mendapat 8A utk SPM 2009~alhamdulillah~ itu Kisah sekolah yang membuat hati2 kami d ACIC tersenyum...tapi ada jugak sekolah walaupun kami buat secara percuma tanpa ada bayaran..~SORRY,KAMI X MENERIMA PRIVATE SECTOR DALAM SEKOLAH KAMI~ada jugak yang ckp ~KAMI BOLEH BUAT SENDIRI SEMINAR2 MCM NI~ Ya ALLAH, d saat tangan menghulurkan bantuan ini d perlakukan demikian,aku berfikir,apa kah private sector seperti kami mementingkan keuntungan atau ego seorang pengetua atau guru kaunselor yang memandang rendah kepada kami? bukan kah tangan d atas lebih baik dari tangan d bawah? d sebalik senyuman kami menerima penolakan semua itu,haTi kami terluka..mengapa d saat kami menyokong hasrat kerajaan tapi niat kami d perlekehkan? tepuk dada tanya iman~ itu kisah kami d perlekehkan..ada jugak sekolah yang menerima kehadiran kami dan beberapa institusi lain tapi berlaku "berat sebelah" d depan mata..emmmm...walau apa pun aku berterima kasih menerima kehadiran kami~

Tuesday, March 30, 2010

traGEdi membuatKu Sedar

salam.... aku x tau d mana harus ku mulakan crita tragedi ni,kerana ia hampir membabitkan aku n my bestfren ~su~ n another collugue (mcm 2 ka eja hehehehe) ~ivy~ maut...kami XCIDENT..ya ALLAH tiada kata yang mampu ku ucapkan melainkan thank u ALLAH d saat kami tidak mengalami kecederaan 1 pn dalam tragedi itu... 26 mac 2010~tarikh yang akan menjadi ingaTAn buat ku... ~ 2 3 minggu sebelum ni aku btul2 rasa x senang hati, mata kiri bkedip mnandakan sesuatu yang buruk bakal terjadi ~ALLAHUALAM~ tapi badan kita mmbawa seribu rahsia kehidupan kita....~ALLAHUAKHBAR~ bila mata bkedip aku khabarkan ngan Mr. Rite, bila aku ckp aku akan pegi outstation d Ranau ~SMKA Ranau~ dia berat hati,aku pun sama jugak tapi bagi aku tiada yang dapat menghalang utk aku bkongsi dengan anak2 bumiputera btapa pntingnya masa depan,moga2 ilmu yang ku beri akan tpahat d sanubari...
d awal pagi aku bangun...su ambik aku..kami jalan ambil ivy...dalam pjalanan aku tmankan su drive walaupun aku mgantuk tapi aku ttp mau tmankan dia...ivy d seat belakang sdh tlelap.. lepas 500 meter dari simpang KB, ada selekoh,kebetulan depan kami lori besar, su cuba overtake tapi ada kereta kembara btul2 dari arah depan...aku sempat teriak "SU!!!!" ya ALLAH hilang keupayaan ku bfikir,nasib baik su cpat tarik stereng,kereta viosnya mendarat seberang jalan d atas rumput...selang 30 saat aku dapat melihat 1 kelisa putih ngan laju terus melanggar kembara...ya ALLAH,aku terdiam hmpir 2 minit.... sjurus selepas itu aku keluar dari kereta,pemilik kenderaan sdh mula memarahi su...ya ALLAH,kesian sahabatku menghadapi semua 2,aku cuba membantu~
apa pun semua sdh selamat...thank u ALLAH...tiada nyawa yang trkorban..~total loss su hmpir 2 ribu~

Saturday, March 13, 2010

MaLaiKat d Rumah mu

hari ini aku menerima sesuatu dari 1 oF my besTfren~nana muhainie Jailin~...tanpa segan SiLu aku mengalirkan AiR mata dalam ofIs...aku tersentuh...aku menyedari betaPa aku bertuah menjadi seorg wanita...dan aku Bertuah kerana akU memPunyai malaikatku sehingga saaT ini...
Suatu hari ada seorang bayi yang akan dilahirkan ke dunia. Sang bayi bertanya kepada Tuhan; “Para malaikat mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tapi bagaimana cara aku hidup di sana, sedangkan aku begitu kecil dan lemah?” Tuhan menjawab; “Aku telah memilih satu malaikat untukmu, dia akan menjaga dan mengasihimu..” Sang bayi berkata lagi; “Tapi di sini , di syurga, aku hanya bernyanyi dan ketawa ria. Semuanya sudah cukup membahagiakanku..” Tuhan menjawab lagi; “Malaikatmu akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari, kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia..” Sang bayi bertanya lagi; “Dan bagaimana aku bisa mengerti saat orang berbicara kepadaku, aku tidak mengerti bahasa mereka?” Tuhan menjawabnya; “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar, dengan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkan bagaimana kamu berbicara..” “Aku mendengar di dunia banyak orang yang jahat, siapa yang akan melindungiku?” “Malaikatmu akan melindungimu, walaupun nyawanya akan dipertaruhkan..” “Pasti aku akan sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi..” “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentangKu, dan dia akan mengajarkan kepadamu bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu..” Saat itu syurga begitu tenang sehingga suara dari dunia dapat didengar, dan sang bayi bertanya kepada Tuhan; “Tuhanku, jika aku harus berangkat sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?” Jawab Tuhan; “Kamu akan memanggil malaikatmu…..IBU…”
~ya ALLAH lindungi la malaikatku...ampuni la dosa2nya,kasihi la dia sebagaimana dia mengasihani aku sejak aku menumpang d rahimnya sehingga dia kembali kepadaMU~ mungkin kawan2 d luar sana ramai yang lahiR single...tapi me n my miss twins lahir double..aku membayangkan betapa malaikat kami memelihara,menjaga,menyayangi kami dengan penuh kesabaraN,bayangkan la aku n miss twins blainan karekter,kadang2 aku merasa x adil dan ada masa dia pulak rasa mcm 2...tapi jauh d sudut hati aku tau malaikat kami x pernah berat sebelah....begitu juga dengan encik ARSJAD HJ JAMALU...mereka telah menjaga kami dengan sempurna...~THANKS ENCIK ARSJAD HJ JAMALU & PUAN HASNAH TARU~

Sunday, March 7, 2010

ofis Life

salam... agak lama x m'update blog sendiri hehehehe... byk crita yg perlu d kongsi...
keja berjalan seperti biasa..sebenarnya tiada yg istimewa tapi bagi aku,hari2 yg aku lalui d ACIC adalah hari2 yg membuat aku belajar ttg kehidupan,benda baru,kesabaran dan frenship... o ya, dis week dpat hfon baru dari oFis..~Mr. Motorola: baik la encik moToroLa mulaI dari haRi ni,bkawan la ngaN cik Nokia ya..weee~agak payah utk kami Btiga ~me,aziezi n sainal~ menyesuaikan diri ngan Motorola ni,al-maklum la selama ni kami pkai cik noKia jugak, dn dalam 1 minggU ni kamI bertiga adalah 'Kami Budak Baru belajaR' hehehehe..bila Fon bunyi pun kami buat x tau a...rupanYa hfon kamI bunyi...bila lepaK sama2 hfon atas meja pun sama ja hehehe last week jugak sessi ftgrafi utk StdenT ACIC 4 their student id card...d cni la kami ~me,aziezi,bos firwan,tri n farisa~ mengasah bakat hehehe..actually aziezi ja pn jadi fotographer kami yang lain ni makhluk d sebalik tabir ja pun muahahaha...student ni banyak jenis..ada yang senang btuL mau kena ambik pic diorg...tapi ada pulak 2 sampai 6,7 shoot pn x puas Hati jugak...hmmmm sabar ja la ya...taPi aku suka tgk student2 ni, ada yg dengaR ckp,ada yang ala-ala manja gitu..ada yg sempoi...nway...dis is new xperience 4 me... emmm...crita yg Plg menarik dalam ofis minggU ni...kemaRin (sabtu:6/3/10) on da waY aku p keja 2,aku call su,tanya apa dioRg buat pas 2 beriTa yg plg buaT aku tejut,pintu ofis x kunci n ada brg yg hilang...OMG...hbis la kami ni...aku masa 2 on da way mcm mau Pngsan ja...cepat2 call ziezi n sainal...smpai ja ofis...tgk muka aku yang kelam kabut ni rasanya,su n yus buat pgakuan...sbnarnya x ada barang hilang jusT pintu ja x kunci fuhhhh....lega aku....

Saturday, February 27, 2010

Salam MauLIdur RasuL

salam... ~semalam SambuTan MauliduR rasUL..aku yakin kawan2 d luar sana merindui BaginDa sama seperti perasaan aku...semalam aku dengar lagu Halimatus Saadiah by in teaM,tanpa aku sedar air jernih mengaliR dari kelopak mata...aku membayangkan kepayahan seorang wanita seorg yang sangat mulia menerima Baginda d kala setiap wanita menolak baginda..aku sedar betapa kerdilnya aku...~
Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa Biar Muhammad itu tanpa upah berganda Namun hatimu rela bukan kerana harta Halimatus Saadiah Engkau ibu yang bertuah Kau wanita penerima barakah Dari desa pedalaman Daerah di pinggiran Kau menyusui insan pilihan Kau pangku dia dan berubahlah segalanya Badan yang terasa lesu kini bertenaga Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera Peliharaan ternakan membiak subur berganda Halimatus Saadiah, kau ibu barakah Engkau pemula muqaddimah yang indah Episod awal sirah Nabi junjungan mulia Kau ibu susu yang bertuah Pada sejarahmu terukir kenyataan Tidak kan miskin jika membela Islam Tidak hina meriba kebenaran yang mulia Jangan takut jika kau beriman Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records) Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing) Penyusun Muzik : Firdaus Penerbit : Munif Ahmad Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
aku bertuah lahir dapat melihat kedua org tuaku...aku mampu melihat mereka hingga hari ini...tapi,baginda... =( ya ALLAH,besar nikmatMU ke atasku,aku memohon kepadaMU jangan la aku lalai dengan nikmat ini ya ALLAH... last but not least~siapa la diri ini namun...segunung ucapan terima kasih buat mu HALIMATUS SAADIAH

Friday, February 19, 2010

HAri BiaSa sepeRti luAr biaSa ngaN kehadiRan Rakan2

kehadiran mereka selalu mbuat aku merasa tenang dan tersenyum =)
HAri ni p ofis mcm Biasa,jadi MandOr...1 lagI yang aku pelaJAri Dari ACIC adalaH kemaHIran mengecaT dinding hehehehe,walaupun x la sampaI tahap amatuR apatah laGi pro tapI boleh la tahan hehehehe....o ya, KAlau mau caT kena Ada baju Nike~baju dari plasTik sampah (sound funy kan) sainaL yang ajaR hehehehe
Waktu petaNg pulak gossiP ckit ngan Tri hehehehe...crita Hangat yang menjadi pengajaRAn buat aku...pas 2 'jom kita makan mee goreng mamak' emmm...gud idea..tapi d mana? kdai mamak d bawah 2 la..ee..x sedap, mari kita PEgi tg Aru la sambil Tgk sunset...OK let's Go! sampaI tg aRu semua larI dari apa yang d rancanG...aku sendiri makaN nasi goreng ayam black Pepper..fuh,sedap...ini LA kehidupaN kaMi, habiS keja kongsi Crita..ketawa,release Tnsion... thank u ALLAH dalaM smua Ujian yg KAU berikan,KAU kurniakan aku Nikmat yang x mamPu ku beLI dengan Wang RinGGIT..temaN

Thursday, February 18, 2010

ShaRing is CarinG n Loving

" waniTa-wanita yang Buruk itu untuk lelaKi yang buruk dan lelaki-lelaki yang Buruk untuK wanita yanG burUK, Sedangkan wanita-waniTA yang Baik unTuk lelaKi yang Baik dan lelaKi yang Baik unTuk waNita yang Baik" (suRAh an-Nur :26)

Monday, February 15, 2010

DEmaM ='(

" ya ALLAH aku bsyukur dengan seGala nikmatmu, anDai penyakit yg ku Alami ini satu Penyucian jiwA dlam menghaDap MU suaTu masa nanTi..akU reDha ya ALLAh..enGkau Maha MengeTahui"
dalam masa 2 haRi ni aku btul2 lemaH..demaM..mula2 aku x mau p hOspital sbb aku raSa dalam masa 2 bUlan ni sdH 3 kalI aku pegi clinic='( sbb sakit yg aku 'alami' ni...tapi bpa n mem besar paksa aku pegi hospital jugak,ikut ja la,arahan parents kan,JANGAN DERHAKA! mem besar cakap,mcm mana la kalau aku 'pergi' dulu dari dia,mcm mana la kehidupan dia kalau tpaksa buat kenduri arwah utk aku...so sad...sdangkan dia slalu bharap spy dia 'pergi' dulu sebelum anak2nya...tapi aku mau buat mcm mana kalau DIA sdh memanggil aku kembali kesisiNYA,skurang2nya aKu menjadi aSet kepada mereka..YA ALLAH,pjgkan Usia mereka sehinggA aku MbahagiaKAn mereka...aminnn...aku cakap ngan mem beSar,aku x akan 'pergi' slagi aku x kawin hehehehe sampai hospitaL doktoR tanya sejaRAh penyakit,ckp la sakiT aku yg sdH lama x myerang tapi 2 3 bulan ni keraP pulak datng,dktor pun bagI la ubat n ckp janGan tlampau tdedah ngan haBuk n asaP rokok...baik doktoR =) pas 2 aku kena jumPA dukuN, moden + traDisionaL mcm 2 la my Parents...samPai sana, mcm yg doKtor cakap,DukuN 2 pun ckp =) peliknya,kami x ckp puN apa yang doktOr ckp ngan duKun 2.duKun pun baGi ubat..emmm,baik la... hari ni 18hb..aku minUm+makan uBAt dengan peMAntauan da Great gRanny *winK!