Monday, November 26, 2012

MASISWA ZON SABAH 2012

assalamualaikum...

hari selasa yang masih mendung di sekitar kota kinabalu ni..*macam laporan cuaca pulak cik blog ni hohohoho* hari ni hari kedua bekerja dalam minggu terakhir di bulan kelahiran diri ini.. maknanya lepas ni diri ni akan memegang angka 27 tahun 1 bulan secara official * alhamdulillah..tq ALLAH...*

hari ni entry agak membuat orang lain confius ckit..napa  ya? mesti la sebab tajuk entry kan,,, bagi siapa2 yang x tau apa itu MASISWA mari diri ni bagi ckit ilmu... MASISWA ni singkatan dari majlis sukan institusi swasta..di mana semua kolej-kolej, institut yang menawarkan pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah dan sebagainya selepas alam persekolahan menengah..institusi swasta ni akan menghantar para pelajar yang berbakat dalam acara sukan dan permainan untuk mewakili institusi mereka... ala...sama macam masa sekolah2 dulu ada sukan zon peringkat bahagian..x pun pelajar2 universiti mesti familiar ngan MASUM...jadi secara kesimpulannya MASISWA ni macam 2 la....* ok panjang dan lebar elaborationnya....*

selama diri ni mencari rezeki di tempat sekarang ni ada dalam 5 tahun jugak diri ni ikut student2 pegi MASISWA ni... sebab masiswa ni akan diadakan setahun sekali... depends la ngan penganjur..kadang2 sukan permainan macam futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, takraw, ping pong atau masiswa induk bagi buat acara padang macam lumba lari, lompat jauh dan dekat..baling2 atau lempar2 sgala...jadi akhir tahun 2012 ni penganjur buat sukan permainan...kadang2 ada jugak la diri ni mengeluarkan suara sumbang menjerit student masa latihan atau mengeluarkan peluh berpanas berhujan tengok diorang latihan * ok, diri ni tengok ja k... x ikut latihan pun hahahaha*

untuk 2012... sukan permainan yang dipertandingkan bola tampar (volleyball), bola jaring (netball), sepak takraw, badminton... futsal x dipertandingkan.. x tau kenapa...ping pong pun x dipertandingkan..pun diri ni x tau napa... pihak penganjur kali ni Kolej Yayasan Sabah...diadakan dari 23-25 november baru2 ni... penat memang la penat... tapi untuk student2 tersayang biar lautan api sanggup ku renangi * ok! menyampah*

ada 12 institusi swasta yang bersaing secara sihat dalam masiswa 2012... dan ini la hasilnya...tadaaaa!

AlmaCrest tempat ke-5 *bangga*... tahniah untuk semua kolej yang terlibat....

mesti tertanya2 diri ni menyumbang suara dan peluh untuk sukan apa kan? tadaaaaa....

volleyball la!


walau apa pun keputusan untuk MASISWA 2012. diharap ukhuwah yang terbina melalui sukan ini akan terus kita pupuk... x kisah la dia no 1 ka.. top 3 ka..top 5 ka..yang penting masa sukan ni banyak mengajar semua peserta *termasuk jurulatih dan pegawai pengiring* betapa melalui sukan kita akan jadi rapat *walaupun ada yg gaduh ckit sana sini*

 k la.... nanti diri ni tulis pasal lain lagi k...mau share lagu best pulak lepas ni ;)

No comments:

Post a Comment

~membuka minda, menyemai ukhuwah~