Monday, April 1, 2013

010313-010413 (ep 1)

Assalamualaikum...

Hai cik blog...hai kawan2..semoga kita semua berada dalam lindunganNya.aminnn...

Napa entry yg ni bagi number ngan cik blog? Sebab diri ni mau ingat tarikh keramat 1 mac 2013... hari ni genap sebulan kejadian itu..apa kejadian tu? Pencerobohan 'kesultanan sulu' di Lahad Datu, Sabah... diri ni sebagai sabahan turut merasa tempias dari pencerobohan itu...tapi sebelum berjela diri ni merangka karangan tak bermarkah...ada beberapa point yang diri ni mau highlight kan

1) entry ni adalah dari sudut pandang seorang sabahan yang tinggal, bermastautin di sabah iaitu diri ini...

2) ucapan takziah buat keluarga wira2 negara yang terkorban..yang cedera sewaktu pertempuran berlaku

3) ucapan setinggi penghargaan terima kasih buat anggota keselamatan PDRM dan ATM yang bertugas di Felda Sahabat Lahad Datu.

~apa sebenarnya yang diri ini rasa dari sudut pandang diri sendiri~

bila terbaca di laman sosial 2 anggota keselamatan terkorban pada kejadian itu diri ini boleh lagi berlagak normal padahal dlm hati dup dap dup dap ketakutan sebab keselamatan mula terancam... duduk di atas tangga rumah pada malam kejadian memang tidak senang apatah lagi mengingatkn jarak diri ini, keluarga tercinta hanya lebih kurang 8-9 jam perjalanan darat. Bayangkan kalau malam ini pengganas naik kereta menuju kk(daerah tpt diri ini tinggal) maknanya pagi besok sudah tntu berlaku rusuhan d kk... betapa takut dan hanya mampu bertawakkal...

Bertambah takut bila mana membaca status kawan baik sampai mati diri ni post di facebook kejadian merebak ke semporna... x fikir lain..fikir family mr right yg berada x kurang dari 2 jam perjalanan dari daerah semporna. Call kawan baik sampai mati tu n dia cakap, ipar dia call bagitau ada bunyi tembakan masa call sempat dengar bunyi tembakan..perasaan diri ni?? Cuak..takut..namun hanya mampu tawakkal...cepat2 diri ni tanya pada bbrapa kawan yang berstatus anggota keselamatan jawapan mereka pd ms itu cukup melegakan bila mana "polis serbu pengedar dadah" fuhhhh!!! Lega., terima kasih.... TAPI.. keesokkannya.. hanya tangisan mengiringi pemergian wira negara yang terkorban dengan penuh kekejaman...marah! Sakit hati! Bukan pada kawan2 anggota keselamatan yg berjaya menyejukkan perasaan diri ni walau buat seketika...tapi pada pengganas yang x berperikemanusiaan!

Walau apa pun terjadi pengisytiharan darurat tidak dibuat..mungkin ats dasar rakyat x perlu takut, namun diri ni x pernah lagi rasa sgt takut bila setiap 5 minit di tempat kerja terchenta ni terdengar bunyi siren...hanya Allah yang tau btapa berdebar rasa hati...

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

~membuka minda, menyemai ukhuwah~